Lima Kenikmatan Akan Dirasakan Penghuni Syurga

Syurga merupakan tempat dambaan bagi seluruh umat manusia. Hal ini kerana Allah SWT menjanjinkan pelbagai kenikmatan bagi para penghuninya. Maka dari itu, tidak hairan apabila ramai orang yang berlumba-lumba menjadi salah satu penduduk tempat terindah ini.

Kenikmatan syurga yang sudah disiapkan oleh Allah SWT bagi hamba-Nya tentu jauh dari khayal dan gambaran manusia. Bahkan dalam firman-Nya, Allah sudah menjelaskan bahawa tidak ada seorang pun yang mengetahui kenikmatan yang menantinya di syurga kelak.

Namun ternyata, Allah SWT sudah memberikan sedikit gambaran mengenai kehidupan di syurga. Ada beberapa kenikmatan yang hanya akan dirasakan oleh penghuni syurga sahaja. Lantas apa sajakah bentuk kenikmatan tersebut? Berikut maklumat lebih lanjut.

1. Menjadi Penghuni Syurga yang Kekal dan Akan Hidup Selamanya
Kenikmatan pertama yang hanya akan dirasakan oleh penghuni syurga adalah mereka akan menjadi penghuni syurga dan hidup selama-lamanya. Tidak seperti ketika hidup di dunia yang hanya sementara dan setiap manusia akan meninggal. Lain halnya ketika orang tersebut berada di syurga kelak, maka mereka akan kekal di dalamnya dan tidak akan pernah mengalami kematian. Hal ini sesuai denga firman Allah SWT:

"... Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula) ..." (QS. Ar-Rad : 35)

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal ..." (QS. An-Nahl: 96)

"Sesungguhnya ini adalah benar-benar rezki dari Kami yang tiada habis-habisnya." (QS. Shad: 54)

2. Kenikmatan yang Tiada Tara
Ternyata di syurga kelak para penghuninya akan mendapatkan kenikmatan yang tiada tara. Kenikmatan yang akan dirasakan tersebut di antaranya mereka akan memperoleh pakaian, makanan, minuman, perhiasan, dan istana yang ternyata jauh berkali-kali ganda berbanding hal-hal yang sejenis ketika berada di dunia.

"Surga adalah cahaya yang berkilau, tanaman-tanaman yang harum, istana-istana yang menjulang, sungai-sungai yang mengalir, buah-buahan yang matang, isteri-isteri yang cantik dan berpakaian mewah, di tempat sukacita yang kekal, dalam rumah-rumah tinggi yang dengan indah dibina. " (H.R. Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Malah kita tidak boleh membandingkan antara hal yang terdapat di dunia dengan yang terdapat di syurga. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ruang terkecil di syurga itu lebih baik dari pada dunia beserta isinya. Berikut ini sabda Rasulullah SAW:

"Kawasan seluas busur panah milik salah satu dari kalian di syurga adalah lebih baik daripada segala perkara yang disinari matahari." (Mishkaat al-Masaabeeh 3/85, no. 5615)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang bangunan syurga dan beliau menjawab dengan penjelasan yang indah:

"Batu bata emas dan perak, semerbak aroma misik, kerikil mutiara dan safir, dan tanah dari safron. Sesiapa yang masuk ke dalamnya akan dipenuhi sukacita dan tidak akan pernah merasa sengsara; ia akan tinggal di sana selama-lamanya dan tidak pernah mati; pakaian mereka tidak akan pernah pudar dan mereka akan sentiasa muda. " (H.R. Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi)

Allah berfirman:
"Dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar." (Quran 76:20)

Apabila ketika di dunia, anggur boleh memabukkan dan membuat kita kehilangan akal sihat. Maka lain halnya dengan anggur di syurga kelak. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:

"(Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. Tidak ada dalam khamar (anggur) itu alkohol dan mereka tiada mabuk kerananya." (QS. Ash-Shaffaat: 46-47)

3. Bebas dari Segala Kotoran
Tidak hanya akan mendapatkan kenikmatan yang tiada tara, ternyata di syurga kelak para penduduknya juga akan terbebas dari segala kotoran. Perlu tahu bahawa ketika berada di syurga, kita tidak akan buang air kecil ataupun buang air besar, tidak akan meludah, bahkan tidak akan pernah keletihan.

Ada seseorang yang pernah bertanya kepada Rasululah tentang bagaimanakah penduduk Syurga mengeluarkan makanan dan minuman yang telah mereka konsumsi, dan Rasulullah menjawab:

"Mereka mengeluarkannya dengan keringat yang keluar melalui kulit mereka, yang wanginya seperti misik, dan perut mereka semua ramping (tidak buncit)." (H.R Ibn Hibban)

4. Air di Syurga Tidak Pernah Keruh, dan Susu di Syurga Tidak Pernah Basi
Ternyata, tidak hanya terbebas dari berbagai kotoran seperti di dunia. Di syurga kelak, para penghuninya akan mendapatkan kenikmatan lainnya yaitu air di syurga tersebut tidak pernah keruh, dan susu di syurga tidak pernah basi. Allah SWT berfirman:

"... Di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka ... "(Quran 47:15)

5. Para Wanita Penghuni Syurga Selalu Perawan
Kenikmatan terakhir yang akan diperoleh para penghuni syurga adalah para penduduk yang berjenis kelamin wanita akan sentiasa dara, bebas dari haid dan terbebas dari pendaharan setelah melahirkan.

Tidak hanya itu, bahkan mereka juga tidak akan mendapatkan hal-hal kotor yang dialami oleh perempuan selama di dunia ini. Selain itu, mereka juga tidak pernah meludah, tidak pula membuang ingus, tubuhnya selalu harum, tidak pernah menua dan mereka semua tidak pernah buang air kecil ataupun besar. Allah Ta'ala berfirman:

"... Untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ..." (QS. Al-Baqarah: 25)

Demikianlah maklumat mengenai lima kenikmatan yang hanya akan diberikan kepada para penghuni syurga kelak. Sungguh kenikmatan yang tiada bandingnya dengan segala kurniaan yang telah diberikan Allah selama di dunia. Semoga kita menjadi salah satu golongan yang kelak akan menghuni syurga di akhirat kelak.

No comments

Powered by Blogger.