Gara-Gara Berlainan Agama Dengan Isteri, Aamir Khan Beraya Seorang Diri

                                 post-feature-image

Bintang Bollywood yang menjadi pujaan orang ramai, Aamir Khan, 51, mengakui tidak berasa sepi walaupun terpaksa beraya tanpa kehadiran isterinya, Kiran Rao, 42, di sisi.

Mengikut laporan tempatan, Kiran membuat keputusan untuk tidak menyambut Aidilfitri bersama Aamir Khan dan memilih untuk bercuti bersama anak mereka, Azad Rao di sebuah destinasi yang dirahsiakan.

Walau bagaimanapun, menurut Aamir, dia meraikan sambutan Aidilfitri bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, Juniad dan Ira Khan di Mumbai serta ditemani oleh ibu dan sepupunya.

                               

Tambahnya, dia juga tidak terkilan dengan tindakan Kiran yang mahu bercuti ketika musim perayaan kerana mereka berbeza fahaman agama.

Sebelum ini Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada tahun 1986 namun bercerai pada tahun 2002 serta dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada tahun 2005, Aamir berkahwin dengan Kiran Rao dah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

No comments

Powered by Blogger.