Setelah Menjadi Suami Orang, Ini Tindakan Hafidz Roshdi Terhadap Karier Seninya

Pelakon utama drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi yang sudah berkahwin beberapa bulan yang lalu kini bahagia di samping isteri tercinta yang bernama Shuhada.

Walaupun pernah dihimpit pelbagai kontroversi dan juga pernah dikaitkan dengan Uqasha Senrose namun itu bukan penghalang bagi dirinya untuk terus bangun untuk menjadi pelakon yang disegani ramai.

Bahkan, Hafidz mendedahkan bahawa sepanjang beliau bergelar anak seni, isterinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat didalam bidang lakonannya.

Setelah Menjadi Suami Orang, Ini Tindakan Hafidz Roshdi Terhadap Karier Seninya!

"Hanya saya yang mengerti sikap serta perangai isteri saya. Semua tuduhan tidak betul dan isteri saya bukanlah seperti tuduhan tersebut. Isteri saya sangat menyokong karier seni saya. Dia tiada akaun laman sosial jadi dia tidak banyak runsing membaca semua kritikan orang di media sosial.

“Cuma bagi saya, kalau ada adegan mesra, buat dengan cara yang tidak terlalu melampau atau menonjolkan kemesraan hingga boleh mengundang kritikan orang ramai. Saya pun kalau boleh tak mahulah keterlaluan melakukan adegan mesra dengan wanita lain di dalam drama,” katanya.

Apabila ditanya mengenai perkembangan kisah kontroversi yang berlaku dengan Uqasha namun beliau enggan ingat lagi dan perkara yang lepas biarkan berlalu.

Setelah Menjadi Suami Orang, Ini Tindakan Hafidz Roshdi Terhadap Karier Seninya!


No comments

Powered by Blogger.