Cicak Gergasi Jadi Binatang Peliharaan

Cicak Gergasi




Beranikah anda memelihara cicak sebesar saiz anak anjing sebagai binatang peliharaan di rumah? Bagi Scott, 34, dan Ice, 38, mereka tidak takut malah memutuskan untuk memelihara cicak tersebut.

Scott dan Ice yang menetap di San Diego, memelihara cicak Argentina itu yang diberi nama MacGyver kerana mahukan binatang peliharaan yang berbeza daripada orang lain.

Mereka telah mendokumentasikan kehidupan bersama MacGyver daripada usia seminggu hinggalah tiga bulan dalam media sosial.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian beribu-ribu orang.

Mungkin bagi sesetengah orang ia kelihatan seperti menakutkan tetapi Scott dan Ice melayan binatang berkenaan dengan penuh kasih sayang, umpama anak sendiri.

https://youtu.be/p-zGIS-WWZQ

No comments

Powered by Blogger.