Muhammad Ali 'Pemain Bolasepak Terhebat' Popularkan Seorang Gadis


KETIKA satu dunia bercakap mengenai kehilangan lagenda tinju dunia Muhammad Ali, seorang gadis tiba-tiba mengejutkan ramai apabila memuat naik status di Twitter mengelarkan bintang itu sebagai 'pemain bola sepak terhebat'.

Tweet gadis dari India itu menjadi viral seterusnya membuatkan dia sekelip mata menjadi popular di media sosial.


Apa yang lebih melucukan, gadis yang dikenali sebagai Anadita Patel ini turut membandingkan Muhammad Ali dengan pemain bola sepak handal antarabangsa Christiano Ronaldo, Maradona dan Lionel Messi.

Dek kerana kesilapannya itu, Anadita terpaksa menanggung malu besar seterusnya menjadi bahan gurau di laman sosial dan diperlekehkan pengetahuan amnya.

Susulan itu, Anadita tampil mengakui kesilapannya dan memberi penjelasan bahawa dia tidak mengikuti perkembangan sukan selain kriket.

Dalam pada itu, dia turut akui berasa kesal dan kecewa apabila ramai yang menghinanya.

Akibat insiden itu juga, Anadita membuat keputusan menutup akaun Twitter. Bagaimanapun, ada pula yang mengambil kesempatan mewujudkan Twitter palsu menggunakan namanya untuk berlawak.

Sementara itu, sesetengah individu menganggap kesilapan Patel sesuatu yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan. - MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.