14 Benda Yang Pasti Kawan Anda Lakukan Ketika Bulan Puasa, No. 4 Paling Win!

Bila tiba bulan puasa ni, seperti tahun-tahun yang lalu pasti laman sosial akan menjadi tempat untuk kita update segala aktiviti seharian sehingga buat ibadah pun perlu beritahu orang ke?

Berikut cara kita menjalani ibadah puasa di Facebook yang dikongsi oleh Fdaus Ahmad.

1. Upload gambar makanan sedap dekat dekat nak maghrib

2. Upload gambar makanan 'simple' masa sahur dengan caption 'bersahur ni je, korang?'

3. Up status kutuk makcik Bazaar Ramadhan jual karipap kapitalis tak ada inti berserta gambar karipap, kutuk juga lagi kena game air tebu basi.

4. Up status ada orang buat hal dengan kita sampai meluap luap amarah; tapi di hujung hujung tulis "mujur la aku puasa, aku sabaaarr je tadi"

5. Tiba tiba ... semua bertukar jadi peniaga kuih, biskut, kerepek, kain baju, tudung, songkok, baju melayu, butang baju melayu, kasut dan juga mercun, walhal satu hapa meniaga pun tak pernah amik tahu sebelum ni.

6. memerangi up status anak siapa puasa paling tak tinggal. Padahal anak baru umur 5 tahun.

7. Up gambar ifthoor batch sekolah, kawan universiti dan geng office. At least 3 tu sangkut masuk fesbuk.

8. Awal pagi up status "awalya pergi kerja hari ni", bila petang balik kerja lewat lepas tu sangkut pula dalam jem, up lagi status "berbuka dalam kereta je la", siap gambar air kotak depan stereng.

9. Selfie terawikh.

10. Up status "rindu masakan mak kat kampung"

11. Up status tazkirah tazkirah sekali link youtube. (Masa puasa je 😁)

12. Tips tips "...... ketika berpuasa" berselerak muncul nanti. Yang ...... tu kau isi sendiri tips apa kau nak.

13. Up status marah bangsa / agama lain sebab makan minum depan kau dengan caption "tak hormat orang puasa, tak jaga sensitiviti" <--- ni cara ibadah puasa FB paling aku tak faham.

14. Dari isyak membawa ke pukul 9.30 malam, status, komen dan aktiviti fesbuk berkurang sebab masing masing risau kena tuduh tak ke masjid sembahyang terawikh.

Kahkahkah! Done up status! Lain lain kau tambah lah sendiri. Selamat menyambut Ramadhan Al Kareem.

No comments

Powered by Blogger.