Manfaat Buah Kurma Ketika Berbuka Puasa dan Bersahur Yang Anda Perlu Tahu
Tahukah anda tentang kebaikan makan buah kurma ketika berbuka puasa dan bersahur? Banyak khasiat yang anda akan peroleh dari buah kurma tersebut.
Sebahagian dari kaum muslimin hanya mengetahui bahawa kurma hanya baik untuk berbuka puasa. Harus tahu ia juga amat baik dimakan semasa bersahur. Pengambilan buah kurma ketika berbuka dan bersahur bukan sahaja dapat memberi anada tenaga untuk melakukan rutin harian anda tetapi juga mengerjakan ibadah tarawih.
Bersahur dan berbuka dengan buah kurma adalah Sunnah Rasulullah kerana kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.
Malah, ketika berbuka juga anda disyorkan untuk bermula dengan memakan kurma. Ini kerana kita dituntut untuk berbuka dengan yang manis terlebih dahulu supaya sistem pencernaan lancar apabila memakan makanan berat dan mengganti tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa.
Selepas bersahur pula jangan lupa unutk ambil beberapa biji kurma dan makan. Insha Allah anda lebih bertenaga untuk meneruskan puasa sepanjang hari. Tak caya? Anda sendiri boleh cuba.
Jadi jadikanlah buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka untuk anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam !!!
Post a Comment