Inilah Perkara Sebenarnya Yang Terjadi Kepada Ahmad Bashah Selepas Rebah


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disahkan mengalami komplikasi usus namun tidak serius, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din.

Bagaimanapun beliau berkata Ahmad Bashah perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk mendapat rawatan sepenuhnya daripada pakar-pakar perubatan dan kini berada dalam keadaan sedar dan stabil.

"Pasukan perubatan sedang berusaha pulihkan keadaan. Dalam sehari dua ini jika keadaan normal, beliau akan dimasukkan ke wad biasa untuk pemeriksaan selanjutnya, "katanya dalam sidang media di Kedah Medical Centre di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Bashah dikejarkan ke KMC selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Hotel Grand Alora kira-kira pukul 7 petang semalam, sebelum dikejarkan ke KMC pada 7.15 petang.

Ditanya tempoh Ahmad Bashah bercuti, beliau berkata tiada tempoh ditetapkan untuk menteri besar bercuti kerana ia bergantung kepada keadaan kesihatan beliau. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.