Inilah Hal Yang Membuatkan Dajjal Ketakutan
Menjelang hari kiamat, akan muncul sosok yang sudah menjadi perbincangan sejak zaman nabi. Dia adalah Dajjal, makhluk eskatologi Islam yang membawa malapetaka. Keberadaannya hingga kini masih menjadi misteri dan masa keluarnya tidak ada yang mengetahui.
Laknatullah ini digambarkan sebagai orang yang mempunyai kekuatan besar. Ia mempunyai kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang sakit, membawa sungai, memunculkan kesuburan, serta menurunkan hujan bahkan membawa syurga dan neraka.
Meski dengan kekuatan super, namun bukan berarti tidak ada yang Dajjal takuti. Hal berikut ini membuat makhluk bermata satu itu was-was dan cemas. Konon hal ini lah yang membuat satu matanya rosak. Apa sebenarnya yang ditakuti Dajjal? Berikut ulasannya.
Ternyata yang sangat ditakuti Dajjal adalah Dukhan (asap). Bukan asap yang ada saat ini, namun asap yang memang didatangkan Allah SWT dari langit khusus untuk menghancurkan Dajjal dan bala tenteranya.
Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat mengatakan, jika pada akhir zaman nanti akan terjadi pelemparan batu-batu dari langit atau kini lebih dikenali dengan hujan meteor. Turunnya meteor ini menyebabkan letupan dasyat dan membawa debu berterbangan.
Dari Ibnu Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Akan terjadi pada umat ini - atau umatku: perawi ragu-ragu lafal mana yang lebih benar - gempa dahsyat, atau pengubahan bentuk, atau pelemparan (batu-batu dari langit) atas para pengingkar takdir."
Asap atau Dukhan inilah yang akan membuat Dajjal hancur lebur diakhir zaman. Ketakutan akan Dajjal diketahui dari Rasulullah SAW yang menguji Ibnu Shayyad untuk menguji sama ada dia Dajjal atau bukan. Rasul pun mengujinya dengan mempersoalkan tentang Dukhan.
Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan bahawa Abu Zar RA berkata, "Kemudian Rasulullah bertanya kepadanya (Ibnu Shayyad), 'Sesungguhnya saya menyembunyikan sesuatu kepadamu.' Dia (Ibnu Shayyad) berkata, 'Engkau menyembunyikan bagian depan hidung dan mulut kambing serta ad-dukh (asap) kepadaku'. " Kata Abu Dzar, "Ia hendak mengucapkan ad-Dukhan (asap / kabut) tetapi tidak dapat, lalu ia mengucapkan ad-dukh, ad-dukh."
Riwayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW mengetahui tentang Dajjal. Beliau paham bagaimana menguji seseorang Dajjal atau bukan.
Terlepas bahawa Ibnu Shayyad itu Dajjal atau bukan, bahawa perkara yang paling ditakuti Dajjal adalah munculnya dukhan. Dengan munculnya dukhan inilah, maka Dajjal menjadi 'terhapus' (cacat), iaitu buta sebelah, terdapat tulisan kafir di dahinya. Oleh kerana itu, Dajjal dinamakan Almasih 'terhapus' kerana Dajjal terhapus, iaitu terhapus fizikalnya dari normal menjadi cacat.
Semoga maklumat di atas menambah pengetahuan kita terhadap musuh Allah ini. Hendaknya selalu membentengi diri dengan iman, serta melakukan amalan-amalan yang menjauhkan diri dari fitnah Dajjal. Pengetahuan yang benar hanya miliki Allah SWT, silakan berkomentar pada kolom dibawah ini untuk menambah rujukan. Terimakasih sudah membaca.
Sumber: infounik
Post a Comment