Hanis Zalikha, Hairul Azreen Timang Anak Pertama, Nama Anak Didedahkan

Tarikh 3 Jun pada pukul 8.17 malam, pelakon Hanis Zalikha telah selamat bersalin anak pertama. Berita gembira ini disampaikan oleh suaminya, Hairul Azreen menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Hairul, bayi lelaki mereka dilahirkan dengan sempurna dan selamat. Bayi mereka lahir dengan berat 3.85 kilogram dan mereka menamakan anaknya sebagai Yusof Iskandar.


Wah, nama yang mempunyai maksud yang baik. Malah, Instagram Hairul tidak henti-henti dihujani dengan doa dan ucapan tahniah daripada peminat.

Mereka yang berkahwin pada bula Jun tahun yang lalu kini lahir seorang cahaya mata yang melengkap keluarga mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada Hanis dan Hairul. Semoga dengan kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi keluarga mereka.

No comments

Powered by Blogger.