Gerard Pique Tidak Hormat Lagu Kebangsaan Sepanyol?

                Gerard Pique Tak Hormat Lagu Kebangsaan Sepanyol?

PEMAIN antarabangsa Sepanyol, Gerard Pique menafikan dakwaan bahawa dia bertindak kurang ajar dengan tidak menghormati lagu kebangsaan Sepanyol ketika ia dimainkan sebelum bermula perlawanan Euro 2016 di antara Sepanyol menentang Croatia, Selalu lepas.

Jelas dilihat, Gerard yang juga teman lelaki kepada penyanyi Shakira itu mengangkat jari tengah ketika kamera difokuskan kepadanya saat lagu negara dimainkan.

Susulan dakwaan itu, Gerard menyifatkan tuduhan itu satu perkara yang bodoh dan tidak masuk akal.

“Itu adalah satu kontroversi bodoh. Saya berasa bangga dengan pasukan ini. Tak mungkin saya akan bersikap kurang hormat terhadap lagu kebangsaan negara saya sendiri,” katanya kepada pemberita.

Gerard berkata, jarinya kelihatan seperti sedang mengangkat jari tengah yang membawa maksud lucah adalah kerana ketika itu dia sedang berdoa dan mungkin sudut kamera yang menampakkannya seperti sedang menunjukkan satu isyarat kurang ajar.

Dalam perlawanan itu, Sepanyol tewas 2-1 kepada Croatia.

Sepanyol kini mara ke pusingan kalah mati, 16 pasukan terbaik selepas berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan D di belakang Croatia.

Lihat video dibawah:
watch Gerard Pique sticks up middle finger to TV camera during Spanish national anthem

No comments

Powered by Blogger.