Cara Berkesan Halau Cicak Dari Rumah

                Cara Berkesan Halau Cicak Dari Rumah

Pastinya kehadiran cicak yang terlalu banyak cicak di dalam rumah membuatkan anda berasa kurang selesa. Tambah meloyakan jika terdapat najis cicak di merata-rata tempat di kawasan rumah.

Cara Berkesan Halau Cicak Dari Rumah:

1. Jaga Kebersihan

Cicak suka tinggal di kawasan yang gelap, kotor dan berselerak. Jadi, pastikan anda rajin menyapu, mop lantai dan kemas kabinet dapur.

2. Air Cili

Semburkan campuran air dengan beberapa biji cili padi ke tempat persembunyian cicak itu. Kebiasaannya, ia berada di dalam atau di belakang kabinet rumah.

3. Air Cili Kering

Letakkan sedikit cili kering di tempat yang kerap didatangi cicak. Anda perlu gantikan cili kering itu selepas seminggu dua.

4. Kulit Telur Ayam

Cuci dan keringkan kulit telur ayam terlebih dahulu. Selepas itu pecahkan sedikit kulit cicak itu dan taburkan di tempat persembunyian cicak.

No comments

Powered by Blogger.