Alasan Mengapa Tidur Diawal Malam Lebih Sihat
Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat' Isya dan berbual-sembang selepasnya." (HR. Bukhari no. 568)
Termasuk kurnia Allah adalah tidur. Sebelum tidur biasanya kita selalu mengantuk, nah rasa mengantuk itulah anugerah daripada Allah SWT.
Tidur diawal malam juga lebih sihat. Berikut alasan mengapa tidur diawal malam lebih sihat:
1. Tekanan
Stres dapat dikurangkan ketika tidur diawal malam kerana tidur diawal malam akan membuat seseorang lebih rileks dan tenang.
2. Kualiti tidur
Begadang boleh membuat seseorang mengalami insomnia, sehingga boleh menjejaskan kualiti tidur. Tidur yang baik adalah sekurangnya lapan jam.
3. Detoksifikasi dan pembaikan sel darah merah
Pada pukul 11 malam, tubuh melakukan detoksifikasi dan setiap jam 9 malam tubuh kita melakukan perbaikan sel darah merah.
4. Jantung
Tidur diawal malam lebih menyihatkan jantung, kerana orang yang suka tidur lewat tengah malam berisiko mengalami pengerasan pembuluh darah. Ini amat bahaya!
5. Peremajaan
Kulit akan kelihatan lebih segar dan tidur lebih awal juga dapat memperbaiki diri dari akibat tekanan dan pencemaran.
6. Kualiti otak
Salah satu manfaat tidur lebih awal adalah kita akan cenderung lebih mudah dalam berfikir dan menyelesaikan seluruh pekerjaan dengan sangat baik.
7. Kekebalan tubuh
Seseorang yang terbiasa tidur lebih awal akan terhindar dari sebarang penyakit berbahaya. Hal ini berkaitan dengan peranan kekebalan tubuh.
Post a Comment