7 Keistimewaan Bumi Palestin Yang Perlu Anda Tahu


BUMI PALESTIN mempunyai kedudukan istimewa dilubuk hati setiap muslim. Palestin adalah tanah suci yang diberkati sebagaimana disebutkan dalam Al Quran:

Ertinya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. "(QS. Al Isra: 1)

Di sana terdapat Masjid Al Aqsa yang bagi umat Islam mempunyai beberapa keistimewaan:

1. Kiblat pertama umat Islam

2. Masjid kedua yang dibina di muka bumi seperti dinyatakan di dalam hadis

Abu Zar al-Ghifari ra. Berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah:" Wahai, Rasulullah, masjid apakah yang pertama kali dibina di muka bumi? "Beliau menjawab:" Masjid al-Haram ". Lalu aku bertanya lagi: "Kemudian masjid apa lagi?" Beliau menjawab: "Masjid al-Aqsa". Aku bertanya lagi: "Berapa jarak pembinaan antara keduanya?" Beliau menjawab: "empat puluh tahun.Kemudian di mana sahaja kamu mendapati waktu solat telah tiba, maka solatlah (kamu di situ)". [Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Nasai dan Qazuwaini]

3. Satu daripada tiga masjid yang mempunyai kedudukan penting dalam Islam.

Rasulullah saw. Juga bersabda: "Solat di masjid al-haram lebih utama seratus ribu kali ganda berbanding solat di masjid lain, dan solat dimasjidku (Masjid Nabawi) lebih utama seribu kali ganda (berbanding solat di masjid lain) dan solat di masjid Baitul Maqdis (masjid al -Aqsa) lebih utama lima ratus kali ganda (berbanding solat di masjid lain) ". [Diriwayatkan oleh at Thahawi]

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. Bersabda: "Tidak dianjurkan untuk melakukan perjalanan kecuali ke tiga masjid: masjid al-Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan masjid al-Aqsa". [Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]

4. Palestin adalah terminal akhir dari perjalanan Isra Nabi Muhammad saw. Dan sekaligus titik permulaan Mi'rajnya ke langit untuk menerima perintah solat lima waktu, seperti telah disebutkan dalam surat al-Isra ayat 1 diatas.

5. Negeri para Nabi, di mana banyak nabi-nabi dilahirkan, hidup dan dikebumikan di sana, seperti Nabi Ibrahim, Ishak, Sulaiman, Musa, Daud dan sebagainya.

6. Palestin juga adalah Negeri tempat dikumpulkan dan dihidupkan kembali semua umat manusia, dari sejak Nabi Adam hingga generasi akhir zaman. Orang yang teguh untuk tetap tinggal di sana kerana Allah, bagai seorang mujahid yang berjihad di jalan-Nya.

Abu Umamah al-Bahili ra. Berkata: bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: "Sentiasa akan ada sekelompok orang dari ummatku yang memperjuangkan kebenaran dan memerangi musuh mereka. Mereka tidak peduli dengan orang-orang yang tidak selari dengan mereka sehingga ketentuan Allah swt. Menyambangi mereka dan mereka akan tetap seperti itu ". Mereka bertanya: "Ya Rasulullah, di manakah mereka itu?" Beliau menjawab: "mereka berada di Baitul Maqdis di Sekitar Baitul Maqdis".

7. Pusat berkumpulnya generasi kedua dari kumpulan yang ditolong Allah sampai hari kiamat.

Sumber: Islampos

No comments

Powered by Blogger.