Valencia CF,JDT FC Jalani Latihan Bersama Khamis Ini
GERGASI bola sepak Sepanyol, Valencia CF dan juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mengadakan sesi latihan bersama pada Khamis ini.
Sesi latihan itu yang akan diadakan di Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman Mohd Noor di Johor Baharu, adalah sebahagian daripada pendekatan global pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan bola sepak negeri berkenaan.
Laman Facebook rasmi JDT 'The Southern Tigers' hari ini, juga mengesahkan wakil daripada Valencia dan La Liga akan mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Kanan JDT bagi membincangkan pembangunan Akademi JDT yang sedang diusahakan.
"Ia satu penghormatan dan penghargaan kepada kelab kita untuk menerima kehadiran kelab besar seperti ini ke Johor dan lawatan ini jelas memberi manfaat dan menunjukkan betapa pentingnya mempunyai jalinan hubungan global dengan kelab-kelab antarabangsa," kata laman Facebook itu.
Malam tadi, kelab bola sepak Sepanyol itu membuat kejutan kepada peminat di Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kelab berkenaan, 'Valencia CF' dengan menawarkan peluang kepada peminat bertemu bintang kegemaran mereka.
Sesi latihan itu, yang merupakan sebahagian daripada lawatan promosi kelab bola sepak Sepanyol itu ke Singapura dan Malaysia, akan menampilkan pemain seperti Javi Fuego, Santi Mina, Mathew Ryan dan Jaume Domenech, di samping ketua jurulatih Pako Ayestaran.
Selain itu, legenda kelab itu Gaizka Mendieta dan David Albelda, turut bersama pasukan itu, termasuk melibatkan acara kebajikan dan komersial serta sesi bertemu peminat dan media, yang akan memaparkan rancangan perluasan kelab berkenaan dan La Liga di Asia, kata laman Facebook tersebut.
Juara enam kali La Liga serta juara tujuh kali Copa del Rey dan sekali meraih gelaran Piala UEFA, menamatkan saingan La Liga musim ini, di tempat ke-12 dengan 44 mata. Barcelona muncul juara La Liga musim ini setelah mengutip 91 mata. - Bernama

Post a Comment