Smoothie Dinobat Kucing Paling Fotogenik

 

TIDAK semua orang mampu fotogenik dalam bergambar, ada sahaja kekurangan yang tidak kena malah terpaksa snap dua tiga kali bagi mendapatkan hasil yang menarik.

Namun lain pula bagi seekor kucing yang bernama Smoothie. Si comel ini mempunyai lebih 164,000 pengikut di laman sosial Instagram.

Smoothie dari baka British Longhair yang terkenal dengan mata hijau yang besar, bulu panjang berwarna coklat dan putih serta mempunyai gerak geri yang menawan.

 

Gaya Smoothie turut disamakan dengan watak kucing dalam filem Puss In Boots.

Pemiliknya, Arvid van Boekel dari Netherlands sering merakamkan aksi comel Smoothie di dalam bakul dan menggunakan pelbagai props lain.

                                                                 Puss In Boots

"Saya memulakan akaun Instagram ini kerana terlalu banyak gambar Smoothie yang saya muat naik di Facebook dan salah seorang kawan saya bertanya," Biar betul, gambar kucing lagi? "," Kata Boekel kepada Huffington Post.

"Saya punyai terlalu banyak gambar yang mahu dikongsikan dan dalam beberapa bulan sahaja Smoothie telah menerima ramai pengikut dari seluruh dunia," jelasnya.

Rata-rata netizen yang mengikuti laman Instagram Smoothie terpesona dengan 'keanggunan' yang ada padanya. Selain Smoothie, pernah viral di laman sosial ialah seekor kucing yang mempunyai sepasang mata berwarna biru jernih.

Dikenali sebagai Coby, ia diiktiraf sebagai kucing paling cantik dan tergolong dalam baka British Shorthair yang mempunyai bulu berwarna putih bak salji.

Lihat video dibawah:
Smoothie dinobat kucing paling fotogenik

No comments

Powered by Blogger.