Siapakah Sebenarnya Sabina Altynbekova Yang Merupakan Seorang Muslim?

Sabina Altynbekova

Nama Sabina Altynbekova mendadak terkenal selepas laman 9gag.com menyiarkan gambar dirinya di laman web tersebut. Namanya terus menjadi trending topik disana-sini baik di facebook ,twitter atau di media sosial lain. Entah kenapa, laman-laman web berita juga banyak yang ramai memberitakan dirinya.

Terhitung sejak 24 jam terakhir banyak sekali orang-orang yang membicarakan tubuh Sabina Altynbekova yang merupakan atlet bola tampar yang baru berusia 19 tahun berasal dari Kazakhstan yang saat ini sedang mengukuhkan pasukannya di Kejohanan Bola Tampar U19 Putri Asia ke-17 yang di adakan di Taiwan.

Sebenarnya, seperti apa sosok gadis cantik yang satu ini? Mungkin ramai yang bertanya-tanya tentang Sabina, sedikit bingung, katanya si dia ini masih bujang atau belum punya pasangan. Wah, kalau begini jejaka banyak nih  yang kembali bersemangat mengharungi hidup untuk mendapatkan si Sabina ya?

Seperti yang dipetik dari laman suara.com, diketahui bahawa Altynbekova diketahui baru berusia 19 tahun, dilahirkan pada 5 November 1996. Ia mempunyai tinggi / berat 182cm dan 59kg, serta selain memperkuat pasukan Kazakhstan juga dipanggil bermain untuk kelab Taiwan Power Company (belum terkonfirmasi) .

Pada masa ini, Altynbekova tengah mengikuti Kejohanan Bola Tampar U19 Putri Asia ke-17 bersama timnasnya di Taiwan, yang digelar sepanjang 16-24 Julai 2014. Hari ini pasukannya tampil di peringkat suku akhir pertandingan tersebut menghadapi Jepun.

Di akaun "Altynbekova" di Ask.fm, remaja ini mengakui kalau dirinya adalah seorang Muslim, ketika salah satu pengunjung cuba memastikan langsung. Sebelumnya dia juga sudah memberi respons harapan seseorang agar dirinya tampil di Rio 2016, dengan tulisan "Yes InwAllah! (Insha Allah)", serta menjawab beberapa sapaan "Assalamu alaikum".

Di akaun Ask.fm itu pula, Altynbekova yang disoal siasat seorang pengunjung, memberi jawapan tegas bahawa dirinya masih solo. "No I do not have boyfried," tulisnya dengan sedikit typo.

Masih di akaun yang sama, yang ternyata dikunjungi ramai orang Indonesia, Altynbekova pun beberapa kali menyampaikan ucapan "Saya cinta Indonesia". Itu dikatakannya terutama ketika pengunjung menyebut dirinya sudah langsung dicintai oleh banyak orang (peminat) di Indonesia. Tentunya, dia boleh saja "cinta" pada semua negara terutama jika ada banyak penggemarnya di sana.

No comments

Powered by Blogger.