Siapa Dr. Zakir Naik Sebenarnya?


SIAPA yang tidak kenal Dr. Zakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah melalui debat dan ceramah di seluruh dunia.

Dipetik daripada wikipedia, nama lengkapnya adalah Zakir Abdul Karim dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 Mumbai (Bombay pada masa itu). Secara profesi, ia adalah seorang doktor perubatan, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tetapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang terlibat dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.

Ia menyatakan bahawa tujuannya ialah membangkitkan kembali dasar-dasar penting Islam yang kebanyakan remaja Muslim tidak disedari atau sedikit memahaminya dalam konteks kemodenan.

Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) sebuah organisasi bukan keuntungan yang memiliki dan menyiarkan rangkaian saluran TV percuma, Peace TV dari Mumbai, India.

Jika kita melihat tayangan video di Youtube, debat dan cermah Dr. Naik seringkali dihadiri oleh ribuan jamaah. tidak hanya hanya orang Islam sahaja juga oleh kristian, hindu, buddha, bahkan ateisme yang kerap kali menjadi jamaah dan mengambil kesampatan pada sesi tanya-jawab.

Apabila diberi soalan yang tak jarang menentang Islam, ia selalu mengawali jawabannya dengan memuji pertanyaan yang dilontarkan penanya, lalu menjawab dengan sistematik, Dr. Zakir Naik menjawab soalan tersebut dari asas kemudian dengan andaian-andaian yang dengan mudah ditangkap akal sehat, serta tak lupa ia sertai dengan dalil-dalil yang lebih meyakinkan para penanya.

No comments

Powered by Blogger.