Inilah Keistimewaan Air Zamzam Yang Perlu Anda Ketahui

SUDAH tidak asing lagi setiap tahun para jemaah haji selalu membawa air Zamzam. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana telaga Zamzam boleh pmengeluarkan puluhan juta liter air pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun.

Adalah Tariq Hussain, seorang jurutera kimia yang bekerja di Pemasangan Pemurnian Air Laut Bandar Jeddah, mendapat tugas untuk menyiasat misteri air Zamzam. Tidak terbayangkan sebelumnya bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan dan menghasilkan air yang begitu banyak dan tidak terbatas.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 5 x 4 meter. Sungguh di luar perkiraan, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap musim haji. Hebatnya lagi, sumur ini terus menghasilkan air sejak beribu-ribu tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan, mata air Zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air walaupun berasal dari telaga yang kecil, sungguh mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada overdraf atau saluran paip di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lain, ternyata tidak ditemukan apa-apa!

Dari hasil penelitian sampel air yang dilakukan oleh para penyelidik Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zamzam mengandungi zat fluorida yang cukup berkesan membunuh dan membasmi kuman, layaknya seperti sudah mengandungi ubat. Perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di bandar Mekah dan Arab sekitarnya adalah lebih banyak mengandungi Kalsium dan garam magnesium. Inilah yang menyebabkan air Zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jemaah haji yang keletihan.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya selalu terjaga, dan ini diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit
Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi". Kemudian Nabi SAW menambah: "Air Zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh daripada penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail. "(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas). Dalam riwayat lain disebutkan "Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit." (HR. Thabrani dan Ibnu Hibban)

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air Zamzam memang berkhasiat dan berbeza dengan air lain yang ada di dunia.

Beberapa kelebihan air Zamzam dibandingkan dengan air lain di antaranya:

Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding air dari telaga lain, sehingga berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Zamzam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.Tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Zamzam selalu bebas dari pencemaran kuman.

Pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, sumur zam-zam tetap berair. Zamzam memang tak pernah kering sepanjang zaman.

No comments

Powered by Blogger.