Rayuan Kemasukan UPU 2016 Online IPTA/Politeknik Premier


Berita baik kepada pemohon UPU 2016 apabila permohonan rayuan kemasukan UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier sesi 2016/2017 (Rayuan UPU 2016 Online) akan di buka kepada pemohon yang gagal bermula dari 26 Mei hingga 31 Mei 2016 (lepasan SPM) manakala lepasan STPM pada minggu kedua Ogos 2016. Permohonan e-rayuan adalah selama 5 hari sahaja.

Untuk makluman, semakan UPU 2016 untuk tawaran kemasukan ke universiti awam (UA - dahulunya IPTA) dan Politeknik Premier adalah seperti berikut: -

Semakan keputusan UPU 2016 dalam talian boleh disemak seperti berikut: -

Calon lepasan SPM / Setaraf - 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016
Calon lepasan STPM / Setaraf - Minggu kedua Ogos 2016

Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara dalam talian dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online

Pemohon boleh membuat semakan keputusan UPU 2016 secara dalam talian dan merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan UPU di Semakan UPU 2016 Online.

Rayuan UPU 2016 Online IPTA Dan Politeknik:

Kepada pemohon yang gagal untuk menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier / Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU 2016 selepas keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA diumumkan pada 26 Mei 2016.

-Klik Applikasi (Akan dikemaskini)
 e-Rayuan UPU 2016

Tarikh Permohonan e-Rayuan UPU 2016

Cara membuat permohonan e-Rayuan UPU 2016 dan panduan tarikh pentingrayuan adalah seperti berikut:

Bagi calon lepasan SPM / setaraf
Bermula 26 Mei - 12 tengahari hingga 31 Mei 2016. (Rayuan dalam tempoh 5 hari) Bagi calon lepasan STPM / setaraf
(Minggu ke-2 Ogos 2016) * Rayuan dalam tempoh 5 hari

* Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa

Keputusan Rayuan UPU 2016

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA / Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2016:

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

Tarikh semakan dibuka

Bagi calon lepasan SPM / setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM / Setaraf)
(Minggu ke-2 Jun 2016) Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan.

Bagi calon lepasan STPM / setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM / Setaraf)
(Minggu ke-4 Ogos 2016)

Cara buat semakan

Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016 http://upu.mohe.gov.my/web/

Semakan melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
taipkan:

UPU <jarak> RESULT <jarak> [No KP]
Contoh: UPU RESULT 970222016745
Hantarkan SMS ke 15888

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA / Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

No comments

Powered by Blogger.