Pesawat EgyptAir Telah Ditemui Dekat Sebuah Pulau di Karpathos



ATHENS - Pesawat EgyptAir yang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Paris ke Kaherah dipercayai terhempas di laut dekat sebuah pulau di bahagian selatan Greece di Karpathos ketika berada di ruang udara Mesir.

Menurut sumber AFP, kira-kira pukul 3.29 pagi ketika berada di ruang udara Mesir, pesawat itu hilang daripada radar dan terhempas kira-kira 130 batu nautika di pulau Karpathos.

Kata pegawai berkenaan, komunikasi terkini dengan juruterbang itu ialah pada tiga minit sebelum pesawat berkenaan hilang namun tiada panggilan kecemasan.

Kementerian Pertahanan Greek menghantar dua pesawat carian dan kapal perang ke kawasan terlibat.

Menurut jurucakap EgyptAir, pesawat berkenaan membawa 56 penumpang termasuk 26 warga asing yang terdiri daripada 15 warga Perancis, seorang warga Britain dan seorang warga Kanada. - AFP

No comments

Powered by Blogger.