Proton Lantik Datuk Seri Syed Faisal Albar Gantikan Tun M




PROTON Holdings Bhd melantik Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac, 2016.

Menurut kenyataan Proton, Syed Faisal Albar, yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, juga akan mengambil alih jawatan Pengerusi Group Lotus plc.

"Antara jawatan penting yang pernah disandang Syed Faisal Albar sebelum ini termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corporation Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd.

"Pengalaman dan rekod perkhidmatan beliau yang terbukti dalam meningkatkan kejayaan dan kemenangan akan menjadi kelebihan terutamanya kepeada Proton yang ketika ini melaksanakan perubahan dalam perniagaanya," menurut kenyataan itu. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.