Mengapa Ariel Sharon Susah Mati?


11 FEBRUARI 2006, BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.

Kesihatan Sharon tiba-tiba terganggu. Ia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke berat dan menjalani beberapa siri operasi.

Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi darurat. Mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Ia mempunyai luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama masa yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

"Nyawa Sharon terancam," kata jurucakap rumah sakit, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.

Hampir empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melancarkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.

Akhbar terbitan Israel, "Hume Israel" mengutip maklumat ini dari salah satu majalah elektronik harian terkemuka di negerinya. Media ini merilis keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.

Majalah ini kemudian menuliskan bahawa keluarga Sharon masih sengit menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya, ini mengisyaratkan bahawa Sharon masih hidup. Salah satu daripada anggota keluarganya kerap membacakan surat khabar harian di sebelahnya dan mengkhabarkan perkembangan ternak sapi yang ia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu ia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.

Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila-bila keadaan Sharon akan terus menerus seperti ini, Solomo Segev, doktor senior yang merawatnya mengatakan, "Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun". Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini hingga lewat usianya di atas 90 tahun.

No comments

Powered by Blogger.