Bayi Baru Dilahirkan Mempunyai Ekor Mendapat Perhatian Netizen
Ketumbuhan seakan lebihan daging itu menyerupai ekor tikus dan dikatakan boleh digulung dan ditegakkan sendiri.
Menurut portal China Daily, bayi itu digelar 'Monyet Kecil' dan 'Tikus Kecil'.
Bayi lelaki itu yang kini berusia 11 bulan, baru-baru ini menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah hospital di tenggara Chongqing.
Bagaimanapun, ibunya berkata kepada akhbarChongqing Evening Daily bahawa pemeriksaan pranatal tidak menunjukkan sebarang kejanggalan.
Walaupun kanak-kanak itu berkelakuan seperti bayi lain, keluarganya menyedari kakinya agak lemah apabila menendang.
Pakar bedah bayi itu menambah, jika tidak dirawat ia akan menyebabkan anggota badan yang lebih rendah membesar secara tidak normal dan akhirnya membawa kepada lumpuh dan masalah dengan sistem perkumuhan.
Kecacatan tiub neural biasanya dikaitkan dengan kekurangan asid folik pada wanita hamil. - Agensi / myMetro Online
Post a Comment