Isteri Alif Satar Cemburu Melihat Aksi Romantis Alif Dalam Drama Dia Semanis Honey

 

Drama Dia Semanis Honey lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana mendapat perhatian orang ramai. Malah, isteri Alif Satar turut menonton setiap episod drama tersebut.

Namun ,apabila sahaja adegan romantis Alif dengan Siti Nordiana ditayangkan,Alif dedah isterinya berasa jelik melihat adegan tersebut dan berasa sesikit cemburu.

Lihat apa kata isterinya kepada Alif:

Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis dalam drama itu dan kadang kala dia menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya yang sebenar.

"Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar. Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini," katanya.

Bahkan, Aliff turut meluahkan rasa bersyukurnya kepada pengarah drama terbabit, Micheal Ang yang telah menaikkan namanya semula selepas 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni tempatan. Katanya lagi mungkin keserasian serta populariti Siti Nordiana juga membantu menjadikan drama itu meletup.

Apapun, drama ini masih lagi bersiaran di Astro Ria. Sudah pasti ramai peminat menunggu bagaimana penghujung drama ini. Jangan lupa saksikan drama ini minggu akhir ,apakah kesudahan ceritanya?

No comments

Powered by Blogger.