Inilah Tanda-Tanda Kematian Yang Perlu Ketahui


Mati itu pasti dan sebagai umat Islam perlu tahu akan hal ini. Oleh itu, kita akan sentiasa akan mendekatkan diri kepada Allah sebelum nyawa dicabut oleh-Nya. Walaupun setiap dari kita tidak tahu bilakah saatnya maut bakal menjelma namun, dengan kuasa Allah telah memberi tanda-tanda kematian buat seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian.

Adakah kita antara yang tergolong di dalam golongan yang sedar akan setiap tanda ini? Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Tanda 100 Hari Menjelang Ajal

Berlaku selepas waktu Asar (Di waktu Asar kerana pergantian dari terang ke gelap), seseorang itu akan berasa menggigil dari hujung rambut hingga kaki seolah-olah getaran yang sangat kuat, dan lain dari kebiasannya. Bagi yang sedar dan sedia untuk bertemu Allah, dirinya akan terasa indah di hati, namun sebaliknya bagi yang tidak menyedari tanda itu, ianya seperti hari-hari biasa tidak ada pengaruh apa-apa.

Tanda 40 Hari Menjelang Ajal

Selepas waktu Asar, terasa jantung berdenyut-denyut / berdebar-debar. Dikhabarkan daun yang tertulis nama kita di Luh Mahfuz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mula mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 Hari Menjelang Ajal

Seseorang itu akan diuji dengan sakit, namun yang menjadi tidak seperti orang biasa, pesakit akan tiba-tiba berselera makan itu dan ini. Orang sakit biasanya tak lalu makan kan?

Tanda 1 Hari Sebelum Kematian

Pada waktu Asar, seseorang akan berasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita mungkin tidak lagi sempat untuk menemui Asar keesokan harinya. Bagi yang Khusnul Khotimah akan berasa sejuk dari bahagian pusat / pusat, kemudian ke pinggang lalu ke leher, maka dalam keadaan ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Ya Allah besarnya kekuasaanMu. Bagi orang-orang mukmin dan terpilih, malaikat maut akan menampakkan dirinya. Seperti kisah Imam Al-Ghazali yang mengetahui saat ajalnya tiba.

Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, siap sedia mandi dan wudhu, mengkafani dirinya, kecuali di bahagian wajah yang belum ditutupi apa-apa dan memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutupnya. SubhanAllah.

Jom sama-sama kita berubah ke arah redhaNya!

No comments

Powered by Blogger.