Harry Kane Bakal Terima Gaji Paling Tinggi



PENYERANG Tottenham Hostpurs, Harry Kane bakal menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam sejarah kelab itu.

Pemain berusia 22 tahun itu dilapor akan menandatangani kontrak baharu yang akan menaikkan gajinya dari £ 50,000 (RM290,617) seminggu kepada sekurang-kurangnya £ 80,000 (RM464,125) seminggu.

Pada Februari lalu, penyerang England itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Spurs dan bakal menerima imbuhan selepas menjaringkan 31 gol pada musim ini.

Kontrak baharu itu dilapor akan ditandatangani sebelum pemain prolifik berkenaan mewakili England dalam saingan Euro 2016.

Dele Alli, dan Eric Dier, yang mempunyai kontrak jangka panjang bersama Spurs dan menerima gaji sebanyak £ 25,000 (RM145,310) seminggu turut dijangka menerima kenaikan pada gaji mereka.

Sementara itu, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino secara lisan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun dan beberapa pemain utama dijangka mengikut jejak langkahnya.

No comments

Powered by Blogger.