Cantik Sungguh Pelakon Wanita Filem The Ring Ini




SIAPA masih ingat filem seram 'The Ring ' yang mendapat perhatian orang ramai? Pasti peminat cerita seram tidak melepaskan peluang menonton filem yang diterbitkan pada 2002 itu..Sungguh menakutkan.

Penonton filem itu pasti tidak dapat melupakan watak Samara dalam watak filem itu. Watak seram itu dilakonkan oleh Daveigh Chase, sewaktu dia berusia 12 tahun pada ketika itu.Tidak ramai orang yang mengenali pelakon wanita ini yang begitu cantik sekali.

Siapa Daveigh Chase ini? Daveigh Chase ini berasal dari Las Vegas,Nevada ,United States.Dia merupakan American actress dan juga boleh bernyanyi.

Sejak itu Chase banyak muncul dalam filem dan rancangan televisyen, antaranya Big Love, S. Drako dan turut menyumbangkan suara untuk filem animasi Disney yang terkenal ketika itu iaitu Lilo and Stitch.

Watak Samara yang digalasnya itu juga membolehkan Chase memenangi anugerah MTV Movie Awards pada tahun 2003.

Namun masa pantas berlalu, siapa sangka gadis itu kini sudah pun berusia 26 tahun pada Julai akan datang.Begitu berubah sekali wajah dia yang sungguh anggun.

Kini setelah 14 tahun berlalu, 'hantu' yang dahulunya menjadi igauan ramai telah bertukar menjadi wanita cantik yang mampu 'menggoda' sesiapa sahaja yang melihatnya.


Chase kini mempunyai 14 ribu pengikut di laman sosial Instagram.

No comments

Powered by Blogger.