Apa itu El Nino dan La Nina?


Anda mesti tahu kan negara kita ,Malaysia sekarang dilanda pelbagai gangguan iklim seperti El Nino dan yang terbaru dengan masalah La Nina.Oleh itu,langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya strok haba dan sebagainya.

Apakah yang dimaksudkan El Nino dan juga La Nina sebenarnya?Anda mesti tidak tahu kan.Kali ini saya akan kongsikan tentang perubaha iklim yang sangat bahaya kepada diri kita.

Apakahi itu El Nino?
El Nino adalah gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh kenaikan suhu permukaan laut Lautan Pasifik sekitar khatulistiwa bahagian tengah dan timur. Naiknya suhu di Lautan Pasifik ini mengakibatkan perubahan pola angin dan hujan yang ada di atasnya. Pada saat normal hujan banyak turun di Australia dan Indonesia, namun akibat El Nino ini hujan banyak turun di Lautan Pasifik manakala di Australia dan Indonesia menjadi kering.

Apakah pula yang dimaksudkan La Nina?
La Nina adalah gejala gangguan iklim yang diakibatkan suhu permukaan laut Lautan Pasifik berbanding dengan kawasan sekitarnya. Akibat dari La Nina adalah hujan turun lebih banyak di Lautan Pasifik sebelah barat Australia dan Indonesia. Dengan demikian di daerah ini akan berlaku hujan lebat dan banjir di mana-mana.
Faktor Penyebab El Nino dan La Nina?

Pada saat normal angin passat bertiup dari tekanan tinggi Sub Tropika (dari arah timur) menuju tekanan rendah khatulistiwa (barat). Sehingga air hangat Lautan Pasifik berkumpul di pantai Utara Australia dan pantai Indonesia. Hal inilah yang mengakibatkan hujan di Australia dan Indonesia. Namun pada dua tahun hingga tujuh tahun sekali Angin Passat tersebut berubah arah. Yang semula dari arah timur ke barat berubah menjadi arah barat ke arah timur.

Hal inilah mengakibatkan El Nino iaitu di Lautan Pasifik dan Indonesia berkurang curah hujan dari biasanya. Kemudian untuk La Nina berlaku kerana angin passat bertiup dengan kencang dan terus menerus melewati Lautan Pasifik ke Australia. Angin Passat ini akan menggalakkan lebih banyak air hangat di Lautan Pasifik menuju Australia Utara sehingga hujan hanyak turun di Lautan Pasifik Barat, Australia Utara dan Indonesia.

No comments

Powered by Blogger.