Murid Tahun 6 Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Kelas
KUALA LUMPUR: Seorang murid Tahun Enam, Lyana Shaqirah Amin, 12, meninggal dunia selepas pengsan di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pusu, Gombak, dekat sini, pagi semalam.
Mengikut sumber, ketika kejadian mangsa yang juga pengawas sekolah, sedang berdiri dan mahu keluar pada waktu rehat kira-kira jam 9.40 pagi. Katanya, ketika mangsa menolak kerusinya ke bawah meja, dia secara tiba-tiba pengsan dan terjatuh di tepi mejanya itu.
"Ketika itu, tiada guru di dalam kelas bagi subjek Bahasa Inggeris dan mangsa perlu keluar rehat lebih awal kerana perlu bertugas sebagai pengawas ketika waktu rehat pada jam 10 pagi." Rakan mangsa kemudian mengangkatnya ke bilik kesihatan dan ketika berbaring di situ, mangsa kelihatan tercungap -cungap sukar bernafas, menyebabkan rakan sekelas bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada guru bertugas, "katanya.
Difahamkan, guru bertugas kemudian datang melihat mangsa di bilik itu, sebelum menghubungi ibu bapanya supaya datang mengambil anak mereka untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Sementara itu, bapa mangsa , Amin Dahari, 51, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada rakan yang memintanya ke klinik Kesihatan Batu 8, Gombak, pada jam 9.50 pagi. "saya dimaklumkan Lyana Shaqirah pengsan di sekolah, namun ketika saya tiba di klinik, dia sudah tidak bernyawa lagi.
"Jenazahnya kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu selepas solat Maghrib." Kami sekeluarga masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya, "katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.
Mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik menjadi pengawas di sekolah itu sejak Tahun Tiga dan aktif dalam kegiatan sukan termasuk pernah mewakili sekolah dalam pertandingan merentas desa. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang hanya dikenali sebagai Rohaizad, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian terbabit.
"Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak sudah melakukan soal siasat berhubung insiden terbabit dan saya tidak boleh memberikan sebarang komen setakat ini," katanya.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam entri di Facebooknya kelmarin, berkata beliau dan kakitangan kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. "Salam takziah dari saya dan warga KPM kepada keluarga Allayarham Lyana Shaqirah Amin, murid kelas 6 Cekap, SK Sungai Pusu Gombak yang meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi.
Saya difahamkan sewaktu memulakan tugas sebagai pengawas pagi tadi (semalam), Allahyarham jatuh pitam di sekolah dan sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 8 Gombak. Punca kematian belum diketahui, "katanya.

Post a Comment