Keunikan Pokok TomTato

LONDON - BRITAIN. Satu tumbuhan yang unik, kacukan tomato dan ubi kentang dihasilkan oleh firma hortikultur berpusat di Ipswich, Thompson and Morgan, bakal dilancarkan buat pertama kali di Britain bermula minggu depan.

Pokok digelar sebagai TomTato itu dihasilkan khas untuk keluarga mempunyai ruang taman terhad dan mereka yang tinggal di apartmen.

Ia mampu tumbuh setinggi 1 meter yang mana tomato akan tumbuh di bahagian atas manakala ubi kentang pula di bahagian dalam tanah.

Syarikat itu mengambil masa kira-kira enam tahun untuk menghasilkan baka TomTato yang sempurna dan ia ditanam di Belanda.

Pakar perunding ladang pasaraya Morisson, Glen Cooper berkata, Tomtato dihasilkan oleh firma tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam walaupun di kawasan yang kecil.

Ia bakal dijual dengan harga 5 pound (RM28.60) dan dijangka mula menghasilkan tomato dan ubi kentang pada Julai hingga Oktober depan.

Difahamkan, satu lagi tumbuhan hibrid iaitu terung dan ubi kentang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. - The Mirror

No comments

Powered by Blogger.