Harga Minyak Mentah Dunia Jatuh Lagi
NEW YORK: Harga minyak susut untuk sesi keempat berturut-turut hari ini dan hampir kepada paras rendah 12-1 / 2 tahun bulan lalu selepas unjuran permintaan lemah daripada kerajaan AS dan pemantau tenaga dunia Barat, manakala ekuiti turut lemah disebabkan tekanan harga komoditi itu.
"Terdapat kemungkinan pengeluar menjual minyak pada harga serendah yang boleh," kata Scott Shelton, pakar komoditi dan broker dengan ICAP di Durham, Carolina Utara.
"Ia amat sukar kepada sesiapa menjadi lebih positif dalam pasaran ini dengan data yang dikeluarkan sedemikian."
Minyak mentah Brent susut AS $ 2.56, atau 7.8 peratus kepada AS $ 30.32 setong. Ia adalah penurunan harian yang terbesar sejak 1 September lalu. Minyak mentah AS susut AS $ 1.75, atau 5.9 peratus untuk ditutup kepada AS $ 27.94. Ia susut kepada AS $ 26.19 minggu lalu, paras terendah sejak Mei 2003.
Sumber- Reuters

Post a Comment