Maksud Perjanjian TPPA,Kebaikan dan Keburukan kepada Malaysia


Apa itu maksud perjanjian TPPA serta kebaikan dan keburukan terhadap Malaysia? Disini saya akan ceritakan tentang kebaikan serta keburukan TPPA terhadap negara yang melakukan kerjasama tersebut.

TPPA ialah Trans Pacific Partnership Agreement. Melibatkan 12 buah negara dalam bidang utama iaitu bidang ekonomi.


TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik sperti Australia,New Zealand,Kanada, Mexico,Chile,Brunei,dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yg terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.


Senarai Negara yang Terlibat Perjanjian TPPA: 

Melibatkan perjanjian antara Amerika Syarikat dengan 11 buah negara antaranya adalah Malaysia,Australia, Brunei,Kanada,Chile,Jepun,Mexico,New Zealand, Peru,Singapura dan Vietnam,Manakala,Indonesia pula sedia untuk menyertai perjanjian TPPA dengan rela.

Kebaikan perjanjian TPPA:
-Memudahkan pasaran Malaysia memasuki pasaran luar negara 
-Mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat.
-Meningkatkan peluang pekerjaan di negara yg mnyertai perjanjian TPPA

Keburukan perjanjian TPPA:
-Kos Ubatan Meningkat: 
Harga ubat akan menjadi lebih mahal kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.

-Syarikat Gergasi Monopoli: 
Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.

-Penindasan Pekerja Tempatan: 
Golongan petani terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini.

-Perlindungan Harga Intelektual: 
TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

-Filem Lucah Tidak Boleh Dihalang: 
Tiada lagi penapisan filem kerana ianya sebagai halangan perdagangan bebas cukai.

Setakat ini saja perkongsian saya kali ini!

No comments

Powered by Blogger.