Pesawat tempur paling mahal di dunia

Anda tahu inilah antara top 5 pesawat tempur termahal di dunia. F-22 Raptor dan B2-Spirit bomber adalah antara pesawat buatan Amerika syarikat. Berikut adalah:

1.B2-Spirit Bomber-USA 
                            
Merupakan pesawat pengebom siluman  (stealth bomber ) yang termahal didunia.Diperbuat oleh northrop coperation dan northrop grumman.Seunit harga pesawat pengebom ini  mencecah USD 737 million.Pesawat ini hanya milik Amerika Syarikat sahaja yang pakai tanpa membuat perjualan terhadap negara lain.Maximum kelajuan  pesawat ini adalah 0.95mach (550 knots, 630 mph, 1,010 km/h) at 40,000 ft altitude / Mach 0.95 at sea level.

2.F-22 Raptor-USA 
                             
F-22 Raptor adalah antara pesawat tempur(stealth aircraft) termahal di dunia.Diperbuat dari Boieng Defense,Space and Security,and Lockheed Martin Aeronautics.Harga seunit dianggarkan USD 150 million.Kelajuan maksimum pesawat ini adalah 2.25mach (1,500 mph, 2,410 km/h) [anggaran].Pesawat ini boleh dilihat dalam banyak filem antaranya ialah filem transformers arahan Michael Bay.

3.F-35 Lightning II-USA 
                        
Merupakan pesawat tempur generasi kelima milik Amerika Syarikat.Diperbuat dari Lockheed Martin Aeronautics.Harga seunit dianggarkan USD 98-116 million.Kelajuan maksimum pesawat ini adalah 1.6mach.Pesawat ini juga memiliki persamaan dengan pesawat f-22 raptor kerana tidak  dapat dikesan oleh radar dan sinaran infrared.

4.Sukhoi SU-35-RUSSIA 

Merupakan pesawat tempur milik negara Russia.Diperbuat dari KnAAPO.Harga seunit dianggarkan USD 40-65 million. Memiliki kepantasan 2.25 Mach (2,390 km/h).Selain itu,pesawat ini dilengkapi dengan kecanggihan teknologi radar,ruang membawa bom dan tidak dapat dikesan dengan radar.                         
5.Eurofighter Typhoon-UNITED KINGDOM 
                 
Pesawat pejuang milik United Kingdom.Diperbuat dari Eurofighter Jagdflugzeug GmbH.Harga seunit dianggarkan £ 125 million.Pesawat ini banyak digunakan oleh negara lain seperti Austria, Jerman, Italy, Saudi Arabia, Oman, Kuwait dan banyak lagi.Kelajuan maksimum pesawat ini adalah 2mach ( 2,495km / h) .Pesawat ini juga terkenal dengan kelincahan (manuver) dan kepantasan apabila berada di ruang udara.

No comments

Powered by Blogger.