Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem Dendam Pontianak (2019)

Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem Dendam Pontianak (2019)|NANTIKAN filem seram Malaysia akan datang berjudul "Dendam Pontianak" yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Namron dan ramai lagi. Filem genre seram ini merupakan arahan dua pengarah hebat iaitu Glen Goei dan Gavin Yap. Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini.

Sinopsis dan Tarikh Tayangan Filem Dendam Pontianak (2019)

JUDUL: Dendam Pontianak
TARIKH TAYANGAN: 12 September 2019
GENRE: Seram, Romantik
PENGARAH: Glen Goei dan Gavin Yap
PRODUKSI: Primeworks Studio, Tiger Tiger Pictures
PELAKON:
Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid, Tony Eusoff, Namron, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah

WATAK PELAKON:

Nur Fazura sebagai Mina
Remy Ishak sebagai Khalid
Hisyam Hamid sebagai Reza

SINOPSIS:

Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak.

Trailer Filem Dendam Pontianak (2019)

              

No comments

Powered by Blogger.