Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh yang bakal bersiaran mulai bulan September ini di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan pelakon seperti Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Drama 16 episod ini merupakan arahan Khan Mancung dan terbitan dibawah MIG Production Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Berikut dikongsikan maklumat dan info berkaitan Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Belum Tamat Tempoh:

Info Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

JUDUL : CINTA BELUM TAMAT TEMPOH
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : September 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Khan Mancung
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki,

WATAK PELAKON:

Nafiz Muaz sebagai Radin
Bella Astillah sebagai Qaisara
Fendy Bakry sebagai Megat Haikal
Hun Haqeem sebagai Qalish
Dayang Areeda sebagai Arisa

SINOPSIS:

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

No comments

Powered by Blogger.