Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!

Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!

I macam dah letih gila dengan study and at the same time kerja. I need a vacay! So, I macam konon rajin kan, I pun pergi la ushar-ushar dekat Traveloka ni, tiket mana yang murah. Ushar punya ushar, I tengok tiket ke Taipei, Taiwan. EH EM TEMPAT NI CAMBEST JEE. So, I kengkonon dengan jiwa traveler pergi la sana. I pun book flights to Taipei, tiket pergi balik sebab dapat murah lagi dekat Traveloka. Soo how’s my experience there?? OKAY TAK TIPU SUMPAH BEST GILEE KAYY. So, iolss nak cerita dengan uolls pasal kenapa uolls kena pergi sana kayy, y’all ready??

Bro, bro, brooo, pernah dengar Taipei 101 tak? Bukan, bukan, bukan nama subjek broo. Udah-udah ler tu fikir pasal study. Taipei 101 ni merupakan landmark skyscraper yang paling tinggi kat dunia sebelum siapnya bangunan Burj Khalifa kat Dubai. Korang boleh naik dan pergi ke tingkat 83, dekat dia punya observatory, korang akan menikmati permandangan bandar Taipei yang sangat sangat lawa daripada atas. Kalau korang sorang-sorang masa tu, boleh nangis bro! Sebab rasa betapa kecilnya kita manusia amidst of the busy city. Kalau korang jenis-jenis acah-acah suka hiking, boleh la pergi ke Elephant Mountain dan dari situ, korang pun boleh menikmati permandangan indah Taipei 101.

Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!
Taipei 101
Siapa kat sini minat anime, angkat tangaan! Dekat Jiufen (hanya perlu naik train dari Taipei Main Station), bandar yang cantik ni nampak macam ala-ala anime Howl’s Moving Castle. Kalau tak pernah tengok, mohon tengok sekarang, lawa gila tau design bangunan dia. Macam magical but mystical gitu bandar dia. Memang tempat best ambik gambar lah untuk korang yang dok suka update Instagram tuu. Dah alang-alang kat Jiufen, korang boleh ambik train pergi Shifen. Kat sini korang, aku nak warning awal-awal. Korang boleh bergenang air mata tengok air terjun Shifen. Serius! Orang panggil air terjun ni Niagara Falls of Taipei sebab lawa dia sama level! Air terjun setinggi 40 meter, korang akan experience permandangan menakjubkan yang langsung tidak dapat dilupakan. Eceh tiber skema aku.

Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!
Jiufen
Korang juga boleh pergi Bopiliao Old Street, semua bangunan kat sini boleh di trace balik sehingga zaman Disnasti Qing. Bangunan lama dia memang sesuai untuk mereka yang sukakan photography sebab tempat dia memang historical yet masih lawa. Okay apa lagi yang best, korang boleh trekking ke Kubu San Domingo yang lawa, boleh tengok la building-building kat situ yang macam A Famosa kita, boleh tengok meriam bagai la kat sini. If korang yang tak pernah merasai snow, boleh la pergi Yangmingshan National Park masa musim winter. Korang pun boleh visit Hualien County, tapi tempat ni macam jauh gak la dari Taipei, ambik masa dua jam naik train. But it’s worth the journey, guys!

So yang suka belajar pasal history and culture of the place, korang boleh pergi ke Taipei’s National Palace Museum, Taipei’s Liberty Square, Longshan Temple yang popular tu, Guandu Temple, Xingtian Temple dan Bao’ an Temple yang rekaan bangunan dia menarik tertarik gitu. Korang pun boleh visit jirannya ada satu Confucius Temple, yang korang boleh suka-suka lah, saja-saja gantung wish korang dekat tempat diorang sediakan. Konon-konon romantik la tu ala-ala k-drama ecececeh. Btw, cakap pasal wish, korang boleh konon-konon make a wish dan lepaskan sky lanterns dekat Pingxi Old Street, ala-ala dalam Disney movie Tangled tuu. Drama tak drama!

Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!
Taipei National Palace Museum
Untuk beli barang-barang cenderahati ke shopping ke ataupun merasai street food orang, korang boleh pergi Dhua Street masa Chinese New Year la tapinya, ataupun korang boleh pergi Wufenpu District yang jual baju-baju fashionable tapi murah. Korang jugak boleh visit Underground Mall dekat Taipei Main Station, yang jual manga, figura anime, even makanan dari Indonesia pun ada kat sini guyss!

So dah shopping-shopping tu, korang boleh pergi Shilin Night Market, dan cuba makan diorang punya street food. Pastikan halal duluu yaa!

Jom Jalan-Jalan Pergi Taipei, Tak Menyesal Bro!
Shilin Night Market
So terbeli tak korang untuk pergi Taipei! Haha best sangat do kat sini. Jadi macam mana nak dapatkan tiket murah. Korang boleh pergi website Traveloka atau install app dia dekat phone. Register lah dulu, supaya korang boleh dapat price alerts untuk destinasi-destinasi yang best. Lepas dah register semua, korang boleh letak flight details semua.

Nanti keluar tiket-tiket dari macam-macam airlines. Korang boleh straightaway filter airlines ke Cathay Pacific. Sebab setakat ni yang aku survey, airlines ni yang offer paling murah, serendah RM 892. Tiket pergi balik guys, murah tak murah! So macam biasa lah, first come, first serve. So apa lagi korang kena survey sekarang untuk dapat cheap Cathay Pacific booking dekat tarikh yang korang nak bervacay nanti! Berbalik kepada booking tiket tadi, lepas dah decide tiket apa yang korang nak beli, korang boleh terus bayar guna e-payment. Yang aku suka pasal Traveloka daripada book directly dekat main website airlines tu sendiri, Traveloka tak mengenakan any additional booking fees. So harga yang tertera is harga yang korang bayar. And2 koranggg, kalau korang bayar guna Maybank, korang boleh dapat 15% diskaun! Jimaat broo. Best kan dapat diskaunnn. So, enjoy your trip guys!

No comments

Powered by Blogger.