Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang|
SEBUAH Taman Tema Escape, Teluk Bahang, yang membina luncur air sepanjang satu kilometer (km) menjelang akhir 2018, menjadikan ia sebagai yang terpanjang di dunia. Pengasas Taman Tema Escape dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng berkata, projek fasa ketiga di bahagian permainan graviti (Gravityplay) itu bakal didirikan di tapak seluas 2.8328 hektar dan menghubungkan kedua-dua bahagian taman tema iaitu Adventure Play dan Waterplay.

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Luncur air berkenaan dibina di topografi semulajadi apabila pengunjung berpeluang menikmati kehijauan hutan sepanjang peluncuran. Taman tema air pertama di Pulau Pinang itu menjadi projek fasa kedua Escape dan dibuka kepada orang ramai sejak November lalu di atas tanah seluas 4.45154 hektar.

Mempunyai 20 tarikan permainan air, Escape Waterplay juga mempunyai platform papan anjal setinggi 25 meter dan beberapa lagi tarikan yang menguji keberanian. Antaranya ialah lingkaran terowong air Tubby Tunnel, Banana Flip yang pertama di dunia, Speed Racer, Waveball pertama di Asia selain Play House bagi kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Senarai Tarikan Ada di Taman Tema Escape

1. Monkey Business
2. Kite Flyer
3. Tubby Racer
4. Flying Lemur
5. Gecko Tower
6. Atan's Leap
7. Monkey School
8. A-Maze
9. Tots Trail
10. Zoom Bug
11. Discovery Dig
12. Foxy Burrow
13. Go Ape
14. Balance Beam
15. Jungle Swinger
16. Coco Climb
17. Jumping Jack
18. 3 Sixty
19. Go Bananas
20. Aerobat

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di Taman Tema Escape, Teluk Bahang

Harga Tiket

Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah dan warga emas 61 tahun ke atas masuk adalah percuma.

Dewasa: RM 83
Kanak-kanak: RM 55

Waktu Operasi

◾Selasa hingga Ahad (10am – 6pm)
◾Ditutup setiap Isnin
◾Phone: +60 4 8811 106
◾Fax: +60 4 8813 106
◾Address: 828 Jalan Teluk Bahang,
     11050 Penang, Malaysia

Bagi yang belum pernah ke Taman Tema Escape, Teluk Bahang. Anda boleh cuba datang ke sini dan merasai sendiri pelbagai aktiviti menarik yang disediakan bersama dengan keluarga anda!

No comments

Powered by Blogger.