5 Carian Paling Popular Google di Dunia Tahun 2017

5 Carian Paling Popular Google di Dunia Tahun 2017|GOOGLE telah menyenaraikan nama Meghan Markle antara carian tertinggi dalam enjin carian tersebut. Google Trends telah menyenaraikan kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.

5 Carian Paling Popular Google di Dunia Tahun 2017

Carian nama pelakon drama bersiri Suits, Meghan Markle menjadi carian teratas di enjin carian Google selepas beritanya bertunang dengan kerabat Diraja England, Putera Harry tersebar luas di media arus perdana dan media sosial.

Seterusnya diikuti dengan pencarian nama-nama pelakon Hollywood terkenal, Kevin Spacey antara carian kedua tertinggi yang membabitkan kontroversi kes dakwaan serangan seksual terhadap lelaki.

Di tangga ketiga pula, pelakon utama Wonder Women, Gal Gadot menjadi tumpuan pelayar di Google apabila video lucah palsunya tersebar meluas di internet.

Sementara itu pengarah filem, Louis C.K. dan pelakon filem seram thriller IT, Bill Skarsgård masing-masing berada di tangga keempat dan kelima di enjin carian berkenaan.

Berikut adalah senarai carian lima teratas Google Trends mengikut kategori di peringkat global pada tahun 2017:

Carian Am
1. Hurricane Irma
2. Matt Lauer
3. Tom Petty
4. Super Bowl
5. Las Vegas shooting

Carian Nama
1. Matt Lauer
2. Meghan Markle
3. Harvey Weinstein
4. Michael Flynn
5. Kevin Spacey

Carian Filem
1. It
2. Wonder Woman
3. Beauty and the Beast
4. Logan
5. Justice League

Carian Rancangan Televisyen
1. Stranger Things
2. 13 Reasons Why
3. Big Brother Brasil
4. Game of Thrones
5. Iron Fist

Carian Nama Pelakon
1. Meghan Markle
2. Kevin Spacey
3. Gal Gadot
4. Louis C.K.
5. Bill Skarsgård

Carian Lagu
1. Despacito
2. Shape of You
3. Perfect
4. Havana
5. Look What You Made Me Do

Sumber: Astro Awani/Google Trends

No comments

Powered by Blogger.