Tarikh Penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Bermula 20 Oktober 2017

Tarikh Penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Bermula 20 Oktober 2017|
AKHIRNYA, peluang pengguna Malaysia mendapatkan set rasmi Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bakal tercapai. Apple Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia bermula 20 Oktober 2017 ini.

Tarikh Penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Bermula 20 Oktober 2017

iPhone 8 kali ini bakal menawarkan fantasi tersuai dengan kaca di bahagian hadapan dan belakang. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic, selain kamera yang berkuasa untuk rakaman video dan gambar. iPhone 8 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, manakala iPhone 8 Plus pula menggunakan skrin 5.5-inci.

Di Malaysia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh didapati bermula 20 Oktober 2017 ini dan pra-tempahan dijangka dibuka minggu sebelumnya, iaitu pada 13 Oktober 2017 kelak.

Tarikh Penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Bermula 20 Oktober 2017

Harga penjualan bermula daripada RM 3,649 buat model Apple iPhone 8 64 GB. Bagi model Apple iPhone 8 Plus 254 GB ditawarkan harga mencecah RM5 ribu.

1 comment:

Powered by Blogger.