Review Filem Tombiruo: Penunggu Rimba 2017

Review Filem Tombiruo: Penunggu Rimba 2017|KORANG dah tengok filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang sangat ditunggu-tunggu orang ramai di pawagam? Tengok tajuk pon dah best! Apatah lagi jalan cerita menarik, plot tersusun dengan aksi yang digarap begitu mengujakan. Dikatakan filem Tombiruo ini ala-ala standard filem di Hollywood. Nak tahu apa jalan cerita filem Tombiruo ini? Jom teruskan bersama dibawah....

Review Filem Tombiruo: Penunggu Rimba 2017

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba bergenre aksi merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh dua pengarah iaitu Nasir Jani dan Seth Larney. Kalau korang nak tahu Seth Larney merupakan CGI Supervisor dalam filem terkenal The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, X-Men Origins Wolverine dan macam-macam lagi.

Review Filem Tombiruo: Penunggu Rimba 2017

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang dikenali sebagai Ejim aka Tombiruo (Zul Ariffin) yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou (Faizal Hussein). Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin (Farid Kamil) yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina (Faye Kusyairi)

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya (Nabila Huda) yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Review Filem Tombiruo: Penunggu Rimba 2017

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Apakah kesudahannya terhadap Tombiruo adakah dia berjaya mencari levying atas kematian ayahnya? Apakah punca kematian Salina, isteri tercinta Amiruddin?

Anda perlu tonton sendiri di pawagam. Walaupun aksinya kurang dalam filem ini, tetapi amat berpuas hati dengan jalan cerita yang tersusun dan menarik tambahan lakonan berjaya oleh semua pelakon.

Secara kesimpulan, boleh saya berikan rating 9/10 untuk filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini. 

9 comments:

  1. Alomok, maknenye sekejap jerk la ekk watak faizal hussin.. huhu.. best cerita ni.. haruss tgk.. novel dah baca kite tgk filem pulak..

    ReplyDelete
  2. Cite ni dah box office kan. Hebat juga cite ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh box office kot..skrg dah 4 juta

      Delete
  3. ni memang movie yg perlu tgk! Nisha tgk orang review movie ni sume suka and kata best. Lagipun ada abang sado kannn AHAHAHA XD
    - - -
    Anyway, Nisha tag awak untuk satu GA baru. Jemput join yaaa kalau ada masa nanti <3

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

    ReplyDelete
  4. Lately filem Melayu mendapat tempat di hati penonton..
    Antaranya filem ini yang boleh dibanggakan..
    Rata-rata kata best,no wonder dapat Box Office..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik filem untuk tahun ini...lain dri filem yg lain...

      Delete
  5. haaa. mek tgk dah. read mine at ajussix.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.