Cara Membuat Pelaburan Dalam Simpanan Tetap, Fixed Deposit (FD)

Cara Membuat Pelaburan Dalam Simpanan Tetap, Fixed Deposit (FD)|APA anda tahu tentang Fixed Deposit (FD)? Bagaimana anda membuat pelaburan dengan Fixed Deposit (FD)? Untuk pengetahuan anda, bagi yang ingin melabur dalam FD kita perlu membuka satu akaun yang dinamakan Fixed Deposit Account. Apa yang anda perlu lakukan selepas membuka akaun FD? Anda perlu masukkan sejumlah wang dalam sesuatu jangka masa yang ditetapkan dalam perjanjian dan bakal menerima faedah yang ditawarkan oleh pihak bank.

Cara Membuat Pelaburan Dalam Simpanan Tetap, Fixed Deposit (FD)

Apakah Jenis Bank Yang Menawarkan Fixed Deposit?

Antara bank yang menawarkan pelaburan melalui Fixed Deposit adalah Maybank, CIMB Bank, Affin Bank, Public Bank, AmBank, HSBC, Hong Leong Bank dan banyak lagi.

Pulangan yang bakal anda dapat bergantung kepada kadar interest yang ditawarkan. Sebagai contoh:

  • Tempoh 1 bulan dengan Kadar Faedah (% Setahun) 3.10%
  • Tempoh 2 bulan dengan Kadar Faedah (% Setahun) 3.15%


Sekiranya anda menetapkan melabur dalam simpanan tetap (FD) dengan tempoh 1 bulan. Anda akan menerima kadar faedah sebanyak 3.10% daripada jumlah simpanan setahun anda.

Bayangkan anda membuat pelaburan sebanyak RM 5,000 untuk tempoh 1 bulan dengan kadar faedah 3.10%. Anda bakal menerima pulangan sebanyak RM 12.92 pada penghujung tempoh pelaburan.

Formula Pengiraan Pelaburan Fixed Deposit

RM 5,000 Darab 0.031/360 Darab 30 hari = RM 12.92

Kadar faedah juga bakal bertambah bergantung kepada amaun pelaburan anda. Bayangkan membuat pelaburan dengan RM 10,000, pulangan faedah anda nanti lagi berlipat kali ganda jumlah yang anda akan terima.

Bagi anda gemarkan membuat pelaburan berbentuk wang, anda patut cuba dengan membuka akaun Fixed Deposit (FD).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.