Review Filem American Assassin 2017

Review Filem American Assassin 2017|
ANDA dah tengok filem American Assassin? Tak sangka filem ini mempunyai plot cerita yang menarik selain aksi dan lagak ngeri yang memukau. Kali ini saya nak kongsikan sedikit review filem American Assassin yang patut anda tonton di pawagam.

Review Filem American Assassin 2017

Filem American Assassin merupakan filem genre 'action thriller' dibawah pengarah Michael Cuesta. Dibuka dengan pemandangan cantik pantai di Ibiza, Spain. Watak utama Mitch Rapp, yang dimainkan oleh Dylan O'Brien, dan teman wanitanya diserang oleh pengganas radikal Islam di pantai tersebut. Pada waktu itu, teman wanitanya telah dibunuh oleh pengganas tersebut.

Review Filem American Assassin 2017

Selepas peristiwa itu, Rapp telah direkrut oleh CIA Deputy Director, Irene Kennedy (Saana Lathan) selepas dikenakan tempoh pengawasan selama 30 hari, dan dilatih oleh agen veteran U.S Navy SEAL, Stan Hurley (Michael Keaton).

Cerita ini mempunyai babak aksi ngeri yang menarik sepanjang di sekitar Turkey, UK, Malta dan Itali. Filem dengan durasi selama 112 minit ini mempunyai tarikan penonton tersendiri sepanjang masa. Walaupun berasa berhati-hati dengan adegan penyeksaan yang akan membuat anda memandang ke arah lain.

Review Filem American Assassin 2017

Ingin tahu apa kesudahan cerita ini? Adakah misi yang dibawakan oleh Rapp untuk membanteras pengganas berjaya? Apakah watak yang dibawa oleh 'Ghost' (Taylor Kitsch) dalam cerita ini?

Secara kesimpulan, boleh saya beri rating 8.5/10 untuk filem American Assassin ini.

3 comments:

Powered by Blogger.