Senarai 24 Peserta Akademi Fantasia AF Megastar 2017

Senarai 24 Peserta Akademi Fantasia AF Megastar 2017|KONSERT mingguan AF Megastar 2017 bakal membuka tirai pada setiap Ahad bermula 3 September 2017 pada jam 9.00 malam bertempat di MBSA Shah Alam. Saksikan siaran langsung hanya di Astro Ria dan Mustika HD bermula pada tepat jam 9.00 malam. Konsep sama seperti Gegar Vaganza dimana peserta akan diberi lagu tema setiap minggu. Daripada 24 peserta ini, hanya 12 sahaja akan ditapis dan berentap pada minggu ketiga hingga akhir Konsert AF Megastar 2017.

Baca juga:
Senarai Penuh 16 Peserta Super Spontan Superstars 2017

Senarai 24 Peserta Akademi Fantasia AF Megastar 2017

Semua 24 peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya pada konsert minggu kedua. Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, hanya 12 peserta sahaja yang layak untuk mara ke minggu ketiga akan diumumkan.

Bermula pada minggu ketiga, setiap peserta terpilih akan berentap hinggalah ke minggu kelapan. Persembahan peserta akan diadili oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat dan seorang juri jemputan.

Senarai 24 Peserta Akademi Fantasia AF Megastar 2017

Bekas 8 Peserta Juara Akademi Fantasia

Zahid (AF2)
Faizal (AF4)
Milla (AF5)
Shahir (AF8)
Faizul (AF2013)
Firman (AF2014)
Sufie (AF2015)
Amir (AF2016)

Senarai 16 Bekas Pelajar Akademi Fantasia

Rosma (AF1)
Anding (AF2)
Adam (AF2)
Bob (AF2)
Amylea (AF3)
Idayu (AF3)
Marsha (AF3)
Nubhan (AF6)
Aril (AF7)
Adira (AF8)
Amir Jahari (AF9)
Azhar (AF2013)
Indah (AF2013)
Ewal (AF2014)
Syamel (AF2015)
Ara (AF2016)

1 comment:

  1. macam best je!tapi kalau aizat masuk lagi best!hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.