Review Filem Annabelle: Creation 2017

Review Filem Annabelle: Creation 2017|Assalamualaikum semua, rasa dah lama aku tak buat 'Review' filem kan? Hari ini baru dapat aku buat movie review tentang filem Annabelle: Creation arahan David F. Sandberg. Fuhh, memang terbaik filem Annabelle kali ini yang memaparkan banyak scene yang mendebarkan dan mengejutkan dengan doll Annabelle tersebut. Nak tahu tak yang filem Annabelle: Creation ni merupakan prekuel kepada filem Annabelle (2014) dan mempunyai kaitan dengan The Conjuring 1 dan 2.

Review Filem Annabelle: Creation 2017

Bagi yang peminat setia filem Annabelle anda patut tonton Annabelle: Creation ni. Time ni la anda baru tahu macam mana boleh wujud doll Annabelle dan siapa yang buat patung tersebut. Bagi pendapat aku, jalan cerita atau plot filem ini memang menarik dengan scene terkejut yang banyak. Sound effect jangan cakap ahh memang awesome!

Review Filem Annabelle: Creation 2017

Nak tahu sinopsis filem Annabelle: Creation tersebut? Filem ini mengisahkan mengenai siapakah Annabelle dan bagaimana patung Annabelle tersebut boleh berhantu selain menceritakan siapa pencipta patung tersebut. Ia bermula apabila ada enam anak yatim bersama dengan seorang nun (rahib) yang datang dan tinggal di sebuah rumah yang didiami oleh keluarga Mullins. Mr. Mullins (Anthony LaPaglia) merupakan seorang pencipta patung yang cukup terkenal.  Mr. Mullins dan Esther (Miranda Otto) yang telah kehilangan anak mereka iaitu Annabelle (Samara Lee) dalam satu kemalangan yang dahsyat.

Review Filem Annabelle: Creation 2017

Awal-awal lagi Mr. Mullins telah memesan kepada anak yatim tersebut supaya tidak pergi ke bilik dia, bilik Mrs. Esther dan satu lagi bilik kat bahagian atas yang merupakan bilik anak perempuan mereka.

Review Filem Annabelle: Creation 2017

Nak tahu apa terjadi selepas itu? Ada salah seorang anak yatim yang terpanggil pergi ke bilik di tingkat atas tersebut. Dan apa terjadi selepas itu? Haha..ada jawapannya anda sendiri kena pergi ke pawagam sendiri. Tak rugi pon buang duit untuk tengok filem Annabelle ni. Memang berbaloi!

Review Filem Annabelle: Creation 2017

Bagi yang sudah atau telah menonton filem tersebut, kalau anda perasan ada satu post credit watak Valak dipertengahan babak filem Annabelle. Memang ternyata Annabelle dan The Conjuring yang saling kait mengait.

Secara totalnya, disini bolehlah saya bagi kredit 9/10 star. Memang terbaik citer ni! Bagi yang belum tengok tu bolehlah gi tengok .

8 comments:

  1. yay hari ahad boleh tengok! memang follow je cerita nie dari awal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok la tu nk pi tngok...hihi...kali ne citer lgi best

      Delete
  2. belum tengok lagi.. macam lagi best nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pi tngok Kak mia.. Yg Kali ni lgi best die punya citer

      Delete
  3. Rasa macam nak tengok tp risau lak rugi tgok sbb ttp mata je spnjg movie tu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kna pi tengok citer kali ni..lagi best.. Bnyak babak yg terkejut...haha

      Delete
  4. Replies
    1. lagi seram dari annabelle 1 SP..patut kna gi tengok citer ne SP

      Delete

Powered by Blogger.