Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Secara Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Secara Online|UNTUK makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Secara Online

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

-Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

-Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

-Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)

-Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

-Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Syarat Akademik

1) Ijazah Sarjana Muda Pertama

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

2) Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

3) Sijil (IPTA)

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
4) Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Permohonan Pinjaman

Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS. Sila klik pautan dibawah untuk membuat permohonan :

http://tkwbns.selangor.gov.my/

Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:

Sesi Pertama : 1 – 28 Februari
Sesi Kedua : 1 – 30 Ogos

Kadar Pinjaman

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Secara Online

-Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

-Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

Maklumat Lanjut

Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon :
03 – 5544 7000 – Talian Umum Pejabat SUK Selangor
03 – 5521 2275 / 03 – 5544 7484 – Unit Permohonan
03 – 5544 7482 – Unit Kewangan & Bayaran
03 – 5544 7480 / 7481 – Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
03 – 5521 2430 – Unit Task Force

Semoga bermanfaat!

1 comment:

  1. Dulu saya pun pinjam negeri selangor punya :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.