Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha 2017|
UNTUK makluman anda, bagi yang mahu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk balik kampung atau bercuti bersempena dengan cuti Hari Raya Aidiladha 2017 tidak lama lagi, anda disarankan untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha 2017

Ia bertujuan mengurangkan kesesakan di lebuh raya dan plaza tol bermula pada 25 Ogos hingga 4 September 2017 untuk perjalanan balik kampung dan perjalanan kembali balik ke Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha 2017

Untuk pengetahuan anda, Hari Raya Aidiladha akan disambut oleh semua penganut agama Islam di seluruh dunia pada hari Jumaat bersamaan 1 September 2017.

Berikutan itu, PLUS telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan atau Time Advisory Travel (TTA) bersempena dengan cuti Hari Raya Aidiladha.

Berikut dikongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS dari 25 Ogos sehingga 4 September 2017 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 2017 seperti berikut:

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha 2017

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter plus trafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PlusLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih dan laporan trafik terkini yang disiarkan menerusi televisyen dan radio.

Semoga bermanfaat! Hati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang!

No comments

Powered by Blogger.