Sinopsis Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku|NANTIKAN drama akan datang berjudul 'Lelaki Itu Pilihan Hatiku' adaptasi daripada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Diterajui pelakon hebat seperti Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan. Drama terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan sutradara Zul Huzaimy. Bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada bulan Ogos nanti.

                 Sinopsis Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

JUDUL : LELAKI ITU PILIHAN HATIKU (MR HOT GUY)
TARIKH / MASA : Ogos 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes

WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Syazuwan Hassan sebagai Aiman

SINOPSIS LELAKI ITU PILIHAN HATIKU

Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

1 comment:

  1. Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.