Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam

Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam|APA itu e-Penyata Gaji? Slip Gaji Online atau lebih dikenali dengan e-Penyata gaji telah digunakan penjawat awam untuk memuat turun slip penyata gaji pada setiap bulan secara online. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma kepada semua kakitangan awan oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam

Dengan ada kemudahan ini, kakitangan awam boleh menyemak jumlah gaji yang diperolehi pada bulan semasa lebih awal daripada gaji dimasukkan ke dalam akaun. Oleh yang demikian, kita dapat membuat perancangan kewangan dengan lebih awal sebelum tarikh pembayaran gaji penjawat awam.

Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam

Berikut dikongsikan cara menyemak slip gaji/e-penyata gaji secara online:

1. Sila layari portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di pautan berikut:
http://www.anm.gov.my/

2. Klik pada pautan 'Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan' dan akan dibawa ke halaman daftar masuk

3. Bagi anda pengguna baru anda perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan 'Pertama Kali Mendaftar'


Semakan e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam

4. Setelah selesai mendaftar, anda boleh login dengan mengisi maklumat seperti No. Kad Pengenalan, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Jabatan Akauntan Negara melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.

Semoga artikel ini dapat membantu semua kakitangan awam!

No comments

Powered by Blogger.