Permohonan Kemasukan Perajurit Muda Tentera Udara Ambilan 2018

Permohonan Kemasukan Perajurit Muda Tentera Udara Ambilan 2018|UNTUK makluman anda, satu pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara untuk kemasukan Januari 2018 kini telah dibuka. Permohonan ini dibuka kepada yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai keluarga besar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebagai anggota lain-lain pangkat dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Tarikh tutup permohonan ialah 15 Julai 2017.

Permohonan Kemasukan Perajurit Muda Tentera Udara Ambilan 2018

Cara Pemilihan Perajurit Muda Tentera Udara

Syarat Akademik

1. Tugas Khusus

-Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
-Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

2. SKM

-Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
-Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

3. SPM

-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat SPM.

Keistimewaan

1. Gaji & Elaun Tetap

Pemohon yang berjaya akan mengangkat sumpah setia dan dilantik ke pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U). Seterusnya akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Anggota yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di dalam perjawatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengikut kepakaran dan cawangan yang telah ditetapkan.

2.  Elaun dan Insentif

-Bayaran Insentif Penerbangan
-Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung
-Elaun Perjalanan ke Tempat Bertugas
-Elaun Khas Pasukan Khas Udara

3. Keistimewaan Lain

-Makan dan tempat tinggal percuma
-Rawatan perubatan dan pergigian percuma (anggota dan keluarga)
-Pakaian Seragam percuma
-Waren Perjalanan Tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga
-Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
-Semua jenis Pinjaman Kerajaan
-Peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma
-Cuti Tahunan

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan pautan yang disediakan dibawah:

http://apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login
(Kata Kunci : Jom Masuk Tentera) semasa tingkap permohonan dibuka.

Sila pastikan anda mendaftar dan melengkapkan segara maklumat yang diminta dengan lengkap bagi mengelakkan permohonan anda tidak disemak.

Maklumat Lanjut

Markas Tentera Udara
Bahagian Sumber Manusia
Kerjaya Dan Pengambilan
Tingkat 7, Bangunan Th Selborn
153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2681 2412/13

No comments

Powered by Blogger.